~Rumah Ku Syurga Ku~



Wednesday 16 February 2011

wah seronoknya raya cina cuti lama, dikesempatan itu aku ngan emak bercadang nak buat kenduri arwah abah ngan Qalisya. alhamdulillah jumaat malam sabtu majlis berjalan dgn lancar, ramai sanak saudara datang. Terima kasih kepada kalian semua. Semoga roh arwah abah&Qalisya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin..


Hari sabtu tanpa dirancang terlebih awal kami (adik beradik emak n sepupu2) bercadang gi berkelah ke Pengkalan Balak, memang seronok sgt, kami berkonvoi 10 kereta. wah memang meriah masa tu. kami la antara yg telah menyebabkan jalan di melaka jem...hehehee...
Sebenarnya pakcik aku yg pemurah hati nak belanja kami semua makan kat Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka.


Seronok betul 2beranak ni main pasir.


salah satu utk menghilangkan strees tanam dgn pasir...hehehe
my cousin yg sporting...ramai lagi sebenarnya tapi tak sempat nak upload


kami ber3...


 
pakcik ku yg pemurah belanja kami mkn di Umbai, Melaka. semoga dimurahkan rezeki.


memang sedap hingga menjilat jari




pasangan bahagia atuk & nenek (idola kami)

memang seronok sesangat...agak2 yer bila la nak buat familyday ni...dah lama sgt tak buat...sampai dah tak ingat bila last buat familyday, yg aku ingat masa tu buat kat Pengkalan Balak tapi masa tu aku lum kahwin lagi, sekarang ni anak dah masuk dua....ooooo ajk2 sekelian buat la familyday....hehehee dah ramai ahli keluarga yg bertambah ni...mesti lagi seronok....

Ummi Qaseh

Friday 11 February 2011

RapidKL(LRT)


Dok sibuk berkunjung ke blog org lain blog sendiri bersarang….hehheee…seronok baca blog member yang bahagia dan Berjaya dalam biznes sendiri…bila aku boleh buka biznes sendiri…utk ada biznes sendiri adalah salah satu azam aku pada tahun 2011…boleh ke capai azam ini wahai Puan Ruhulina…uhhh takutnya!!!tapi insyaallah akan aku usahakan walaupun biznes itu secara kecil-kecilan…org lain boleh buat kenapa aku tak boleh???wahai Mr b bagi sokongan pada isterimu ini…
Asal lari pulak tajuk kat atas ngan apa yg aku tulis ni...hehehee...sebenarnya nak cerita yg satu sblm raya cina aku ngan mr b gi Pertama Kompleks nak wat nombor jersey…kami ambil keputusan naik train jer….wah lama sungguh aku tak naik train…dulu waktu zaman bujang selalu naik train kat Bandar tasik selatan pastu turun kat plaza rakyat…naik bas kat pudu nak balik kampong…sekarang ni dah berkeluarga kena la naik kereta balik kampung.
Inilah kali pertama aku ngan mr b dapat naik train bersama, kami dating berdua qaseh tinggal ngan nenek…qaseh lain kali ummi ngan ayah bawa qaseh naik train yer...kami lupa yang kedai tu tauke dia cina mesti la diaorg nak makan besar mlm tu…memang tepat sangkaan aku, sampai jer kedai tutup. Dengan hampa yer kami balik, tapi seronok gak dapat kuar ngan mr b berdua jer…heheheee

 dah lama tak pegang tiket ni......

sempat lagi mr b berposing...nasib baik xramai org...

nak balik dah...naik train ke Sri Petaling tau...

merah yer makngah...

sempat lagi snap sblm ianya ditelan oleh mesin...bye2

Ummi Qaseh




Tuesday 1 February 2011

Qaseh n Ayah


Budak kecik ni kla bergambar ngan ayah cam ni la….dia akan buat muka geram…qaseh napa geram kat ayah ker??hehehee…kadang2 jelous juga…cuba kla amik pic ngan ummi qaseh xwat cam tu pun…hehee apa la aku ni jelous ngan anak sendiri….
Inilah pengarang jantung hatiku kadang2 mereka berdua ni boleh buat aku marah, sayang, kasih, rindu dan macam2 lagi yang penting ummi sayang kalian berdua.
Gambar ini amik masa kat putrajaya…dah tak tahu nak gi mana…putrajaya la tempat kami 3beranak menghabiskan waktu…tgk tasik, tgk lampu dan tgk gelagat org…heheheee…qaseh la yang paling seronok leh lari2 ikut suka hati dia…kat umah tak leh nak buat sebab kawasan terhad…main la puas2 qaseh…seronok sangat tgk qaseh happy…ummi dan ayah sayang qaseh…doa kami jadilah anak yg solehah…amin

P/s: bonda didik la anakmu ini dari kecil…semoga bonda tak akan menyesal dikemudian hari.

Ummi Qaseh