~Rumah Ku Syurga Ku~



Sunday 30 October 2011

~Celoteh Qaseh~

semalam kitaorg tergelak terbahak2 dega celoteh qaseh ngan pak uda (adik aku yg no.3) tiap2 minggu memang adik aku ni akan lepak kat umah...sebab dia malas nak lepak kat hostel...qaseh suka la kla pak uda ada kat umah...sebab ada org tolong layan dia...nak harap ummi ngan ayah yer ni malas sungguh....mula2 tu memang ok jer diaorg berborak sambil pegang buku....



qaseh   :  pak uda ni apa?

pakuda  : ni gambo bola

qaseh   : ni bukan gambo la ni gambar bola la...apa la pakuda ni itupun tak tahu.....




hahahahah...mana la kitaorg xtergelak pecah perut....qaseh pak uda n ummi kamu ni berasal dr muo la...org2 muo ni memang suka tambah perkataan 'O' kat hujung tu.....ye la aku dah menetap kat area selangor ni hampir 8thn dah tu berkahwin pun ngan org KL...jd dah byk dialek2 bahasa muo ni xterguna....dah tu selalu cakap ngan qaseh guna bahasa normal jer.....mana la qaseh nak tahukan....pak udamu ni memang asli dr muo...lepas ni kena guna balik la ayat2 dr muo ni....en.somi pun tergelak2 sampai terguling2 bila aku kata memang org muo guna banyak perkataan 'O' kat hujung...contoh yg lain:
 bandar=bando
pasar=paso


nota kaki:byk lagi sebenar yer...tapi aku pulak leh lupa...nanti aku balik muo aku belajar balik kat omak ngan adik2 aku yer......

Wednesday 26 October 2011

~Aktiviti Kempiskan Perut~

Hahahahaa.....tajuk xingat gitu...ni la aktiviti dihujung minggu kami sekeluarga iaitu mengempiskan perut en.somi(joging)...perut aku ngan qaseh still maintain....sebab nak bg en.somi maintain cam kitaorg terpaksa 2beranak ni temankan en.smo berjoging...sambil2 tu leh la sedut udara pagi yg nyaman nikan....selalu yer kami pi joging kat putrajaya.....ahad lepas br ingat nak ambik pic...selalu pergi xsempat nak capai kamera....jd moh la kita tgk pic ni yer....


budak kecik yg sampai2 jer terus minta makan...

moh kita joging...

ayah jom lumba sapa yg menang....mestilah qaseh yg menang...hahahaha

penyokong chelsea F.C


senaman mengempiskan perut....


sempat lagi berposing...ayah ngan anak sama jer...


ada sekeping jer pic tuan punya blog ni...huhuhu

lepas2 ni tuan tanah kedaung ni kena berehat dr joging la nampak yer....kena wat senaman berjalan jer la yer....hihihihihi...

Sunday 23 October 2011

Hari Kanak2 Sedunia

Sempena hari kanak2 sabtu lepas...aku n en.somi bercadang nak bawa qaseh pi Sri Pentas Tv3...kat sana ada sambutan hari kanak2...hari jumaat tu dah bgtahu qaseh nak jumpa upin&ipin...seronok bukan main budak ni...awal2 pagi sabtu tu dah bangun habis semua org dia kejut ckp nak pergi tgk upin&ipin...sempat lagi qaseh call nenek johor bgtahu tu...dalam kul 10am kitaorg gerak dari rumah sampai Sri Pentas dalam kul 1040am dah penuh budak2 buat acara perarakan comel gitu....tak sempat nak snap pic....sebab teruja sgt....pastu tgk acara perjumpaan boboiboy n upin&ipin kul 11.30...tgk2 jam ada dlm 1/2 jam lagi apalagi pusing la 1 Sri Pentas tu tgk mcm2 acara ada...nak bg qaseh masuk tak cukup umur pulak...xper la qaseh tg 2thn lagi la yer br leh joint abg2 ngan kakak2 ni masuk peraduan....lagi 10 minit nak kul 11.30am kitaorg dah berada kat tgh2 stage nak tgk kartun2 besar tu...punya la ramai org...sian anak ku kena tolak2 jer ngan emak2 org...huhuhuh...sadis betul.....yg emak2 org ni pun satu jakun semacam...bg la can kat bebudak jer...tapi qaseh pasrah tgk boboiboy dari jauh jer...tg punya tg upin&ipin tak kuar2...sian pulak tgk qaseh kartun perberet tu....xper la xder rezeki la sayang....nanti ummi joint kelab upin&ipin yer...senang sikit nak tahu aktiviti diaorg leh kita serbu nanti.....meh kita tgk pic ni....


majlis penyampaian hadiah oleh ketua tv9

bersama hos yg suka berpantun


diaorg dah start naik pentas


yaya n boboiboy

'pice' dr jauh jer

ramai yer serbu pentas

pic pasrah bersama abg yg jaga sound system


sempat lagi berposing kat konti hot fm


ummi n qaseh

ayah n qaseh

tiap2 tahun memang ada sambutan hari kanak2 ni...baru tahun ni kami suami isteri baru perasan rupa2 yer ada Hari Kanak2 Sedunia yang disambut setiap tahun pada setiap bulan oktober...punya la kami ni tidak prihatin rupa yer....
wahai ibu bapa diluar sana jgn la jd mcm kami ni yer meh la kita sama2 sambut Hari Kanak2 ni...

ANAK adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya.
Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.
Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.
Sehubungan itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka 'permata' yang paling berkilau.

Wednesday 19 October 2011

~DOA UNTUK SUAMI DARI ISTERI SOLEHAH~


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
... Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin


**khas utk suamiku Hazaide

Tuesday 18 October 2011

Handsome Boys

wah tajuk entry xingat...sebenar yer nak citer hujung raya hari tu adik ipar ku haza buat majlis kikah n cukur jambul rayyan (handsomeboy)......memang cute sangat...boleh tak tidur malam bila teringat rayyan ni...senyuman yg menawan bak kata nenek kami....meh kita tgk pic yer....

rayyan wat muka terkejut

giliran nenek potong jambul rayyan

"pice"

rayya 'usha' buah kelapa
 
 
bulat yer mata handsomeboy ni...

rayyan bersama mama n kakak qaseh

kakak qaseh panggil rayyan adik 'lion'...tapi yang penting bila rayyan senyum memang memukau...boleh cair anak dara tgk ni...hihihihi...hujung minggu ni nak gi melawat handsomeboy ni la....maklong sudah rindu sama budak ni....